* friendship *

 Hai  Evelibadi :)

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. :)
Persahabatan sering diberikan beberapa cubaan atau ujian, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan atau ujian bahkan akan membuatkan persahabatan itu menjadi lebih erat kerananya..
Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang untuk mengenal hati budi masing-masing.
Persahabatan sering diwarnai dengan pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak sengaja dilakukan dengan perasaan kebencian.


Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang menyakitkan.
Kerinduan menjadi sebahagian dari kehidupan sahabat, kerana tidak ada persahabatan yang dikawal dengan perasaan egois.
Semua orang mesti memerlukan sahabat sejati, cuba yang membezakan cepat atau lambat saja. kann ?? ^_^
Tetapi banyak orang yang telah menikmati keindahan persahabatan, namun ada juga yang hancur kerana dikianati sahabatnya.
Ingat bila kita dalam kesusahan siapa yang selalu akan ada dengan kita selain daripada parents kita..

selalulah hargai persahabatan kita dengan kawan-kawan
Dalam masa kejayaan, kawan-kawan mengenal kita. tapi dalam kesengsaraan kita mengenali kawan-kawan kita :)

No comments:

Post a Comment