- Pemergian opah tersayang //


Assalamualaikum. Salam diberi dengan ikhlas harap dibalas juga dengan ikhlas :)

Sudah sekian lama tidak mengepost apa apa entry dekat belog ni. Berdiam diri tanpa sebarang akhbar atau berita. . Semenjak 3 bulan ini, tiap kali menjelang cuti persekolahan aku pasti akan merasai kekosongan sejak pemergiannya . Opah orang yang paling gembira bila tibaselepas raya puasa kerana dapat berkumpul dengan semua anak-anak dan juga cucu-cucunya. pemergiannya pada tahun ini memberi kesan kepada semua orang. Sehari sebelum opah menghebuskan nafas yang terakhir, malam tu aku betul-betul tak boleh nak melelapkan mata dan aku nak sangat tengok opah dekat hospital.

esoknya aku nak juga ikut tengok opah dekat hospital. Perasaan pertama bila melihatnya, terasa macam nak menitiskan air mata :'( bila melihat penderitaan yang ditanggung olehnya dengan pelbagai saluran yang memenuhi hampir seluruh tubuhnya. Pada saat itu aku hanya mampu sedekahkan doa sahaja. Aku tak sanggup nak duduk dalam ruangan bilik tu begitu lama, sebab tak sanggup nak melihatnya. Sejam selepas tu, aku tengok doktor yang merawat opah bergegas masuk ke ruangan bilik tu. dan pada masa itu juga opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air mata terus mengalir tanpa henti. berita itu betul-betul mengejutkan kami semua.


                            

 Redha dengan semua apa yang berlaku kerana ini semua sudah ditentukan oleh Allah cuma tidak tahu bila dan dimana saja. sebab kita pun bakal menghadapi hal ini jugak. bila kita sedih dengan pemergian seseorang, nanti orang pun akan sedih dengan pemergian kita.

Hanya doa yang dapat disampaikan dan segala amalan kita di muka bumi ini sebagai pembekal di hari sana kelak.

No comments:

Post a Comment