:* Ombak rindu :*


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua meraka akibat lemas di lautan. Jusretu itu, pak saudaranya Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga mereka.

Pak Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Disitu dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Haris. Haris telah membeli Izzah dengan harga yang mahal  dari tauke kelab malam itu. Diatas permintaan Izzah, akhirnya Haris berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semua mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, ank Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Haris. Setelah sekian lama Mila menyambungkan pelajarannya di luar negeri, akhirnya dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Haris, walaupun dia tahu yang Haris tidak mencintai dirinya. Haris tidak sampai hati untuk memberitahu ini semua kepada Izzah kerana dia tidak mahu melukakan hati Izzah.

Walau bagaimanapun, Izzah menerima ini semua dengan redha kerana dia tidak mahu kehilangan Haris dari hidupnya. Setelah Mila dan Haris sah menjadi suami isteri, Izzah telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dengan ditemani seutas jam tangan pemberiaan daripada Haris semasa hari pernikahan mereka di Siam sebagai tanda wang hantaran.

Setelah 2 tahun Haris dan Izzah berkahwin, akhirnya perkahwinan mereka telah diketahui oleh ibu Haris yang menganggap selama ini Izzah adalah kekasih gelap Haris. Tetapi pada masa yang sama juga, Haris  telah mengetahui yang selama ini dia adalah anak kepada Mak Jah dan Pak Dollah, iaitu pembantu dan driver rumahnya yang selama ini telah menjaga Haris sejak kecil. Setelah mengetahui semuanya Haris telah menyusul Izzah di kampung untuk meminta maaf kerana selama ini dia telah berprasangka buruk kepada Izzah, yang kononnya Izzah ada lelaki lain selepas Haris mengalami kemalangan jalanraya. Mila juga ikut menyusul Izzah di kampung kerana ingin meminta maaf kepada Izzah dan meminta cerai kepada Haris. Selepas semua rahsia telah terbongkar Haris dan Izzah hidup dalam kebahagiaan dan ombak itilah menjadi saksi diantara cinta Izzah dan Haris.

kerana mengikut hawa nafsu
sebuah ikatan terbina tanpa rasa cinta
demi maruah dan kesucian
demi harga diri
segalanya harus disenyapkan
disenyapkan..tetapi tidak mampu dilengkapkan
kerana rindu meluap-luap
maka untuk dileraikan
rinpeluang harus sentiasa dicuri
du yang tak terucap
rindu yang tak terungkap

No comments:

Post a Comment